suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Terbunuh Bot Karam Di Indonesia

JAKARTA: Dua orang terbunuh apabila sebuah feri membawa lebih 400 orang penumpang terbakar selepas berlanggar dengan sebuah bot pada Isnin, demikian menurut sumber rasmi.

Feri bernama KM Marina Nusantara yang berlayar dari Surabaya berlanggar dengan bot tersebut ketika ia menghampiri bandar Banjarmasin di Kalimantan Selatan.

"Kemalangan berlaku selepas pukul 7 pagi Isnin. Setakat ini, dua orang meninggal dunia.

"Kami tidak dapat memastikan berapa ramai yang tercedera namun kami menjangkakan lebih banyak yang mengalami kecederaan," kata ketua pasukan mencari dan menyelamat, Rusli Ansyah.

"Feri itu membawa seramai 443 orang, beberapa buah kenderaan dan barang-barang. Semua orang telah dipindahkan dan dibawa ke hospital," katanya.

Kawasan kepulauan di Indonesia yang terdiri daripada lebih 17,000 pulau dikatakan mempunyai rekod keselamatan yang burok dan sering berlaku kemalangan. -AFP

Artikel Lain