suria

Tujuh Terbunuh, Dua Cedera Dalam Satu Tembakan Di Ohio

COPLEY, Ohio: Seorang lelaki bersenjata telah bertindak nekad apabila menembak sembilan orang awam dalam satu kejadian di sebuah bandar kecil di sini. Dalam kejadian tersebut tujuh orang awam terbunuh manakala dua lagi cedera. Mereka yang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak.

Individu terbabit kemudiannya mati selepas pihak polis menembaknya di kepala bagi menghentikan perbuatannya menembak orang awam, kata pihak berkuasa.

Kejadian amuk itu berlaku pada pukul 11 pagi (1500GMT) Ahad dipercayai berlaku disebabkan pertikaian berhubung pembelian senjata api.

Soerang saksi, Gilbert Elie keluar daripada rumahnya apabila terdengar bunyi tembakan. Dia melihat dua orang individu, Rusell dan Gudrun Johson mengerang kesakitan dengan badan mereka berlumuran darah di hadapan laman rumahnya.

Dia turut melihat seorang wanita cuba melindungi seorang remaja perempuan dalam sebuah van berwarna hitam. Ellie yang melihat kejadian tersebut meminta isterinya menelefon pihak polis kerana individu yang dilihatnya telah pun meninggal dunia.

Kemudian, Beck Dieter yang tinggal bersebelahan dengan rumah Elie pergi ke tempat kejadian dan bertanya kepada jirannya apa yang telah berlaku.

"Saya sedang bercakap dengan dia apabila tiba-tiba teman lelakinya keluar daripada rumah dan melepaskan sebanyak tiga hingga empat das tembakan di kepala," katanya.

Elie cuba menyembunyikan diri dengan menyorok di belakang kereta dan melihat tragedi malang itu.

Sebaik sahaja mendengar bunyi siren polis, Elie turut mendengar beberapa das tembakan dan orang awam melarikan diri dengan menyorok di kawasan berhampiran. Polis tiba di tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan orang ramai.

Selepas rundingan yang diadakan gagal, pihak polis terpaksa menembak mati suspek, kata Ketua Polis Copley, Michael Mier.

Mier berkata lima daripada individu yang ditemui mati ditembak secara rawak ketika berada di luar rumah dengan dua daripadanya ditembak di dua lokasi berbeza. "Kerja kami menjadi lebih sulit kerana ada empat tempat kejadian yang berbeza. Hal ini disebabkan si penembak sedang mengejar seseorang," katanya dalam satu sidang media.

Sehingga kini, pihak polis belum dapat mengenalpasti identiti mangsa. Dalam pada itu, jurucakap sekolah, Brian Poe berkata dua pelajar yang terbunuh merupakan penuntut sekolah tinggi yang mana salah seorang daripadanya merupakan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

"Kejadian ini telah mengejutkan masyarakat di sini. Ada amat sukar untuk mencari rasional kejadian ini lebih-lebih lagi apabila ada yang terbunuh terutamanya ia melibatkan remaja," katanya.

Dalam pada itu, jiran mengesahkan mangsa yang terbunuh ialah Brian Johson, Autumn Johnson, 17 dan Scott Dieter, 11 dari Kentucky. Mereka sedang bercuti kerana melawat makcik mereka, Becky Dieter yang dipercayai berada di hospital berhampiran.

Jiran dan teman rapat mereka yang terlibat turut mengadakan upacara menyalakan lilin sebagai memperingati kematian mereka yang terbunuh dalam kejadian tersebut di sebuah taman berhampiran pada petang Ahad. Jalan menuju ke kawasan perumahan tersebut masih dikawal ketat oleh pihak polis sehingga kini.

"Mereka semua orang yang hebat. Mereka akan bagi anda apa sahaja yang diminta.

"Realiti ini sukar diterima. Kami kaku dan tidak tahu apa lagi yang hendak diperkatakan mengenainya ," kata Trisha Tipple, yang mengenali keluarga rakannya yang ditembak mati.

Sementara itu, Jawana Watkins tinggal beberapa blok daripada tempat kejadian dan sering menaiki bas bersama dengan Autumn Johnson.

"Dia seorang yang baik hati dan ketua pasukan sorak yang bagus. Ini satu hari yang menyedihkan kepada masyarakat di Copley," katanya.

Bandar Copley terletak kira-kira 50 batu (80 kilometer) di Selatan Cleveland. Menurut laman web, Copley Township, pekan tersebut mempunyai kira-kira 14,000 penduduk. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain