suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bantahan Terbaru Di Syria Korbankan 24

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 24 rakyat Syria dikhuatiri terbunuh apabila pihak keselamatan melepaskan tembakan ke arah para pembantah anti-kerajaan sebagai sebahagian daripada tindakan keras di seluruh negara.

Menurut aktivitis hak asasi, Mustafa Osso yang berpangkalan di Syria, kebanyakan kematian berlaku di sub-bandar Damascus semasa bantahan berlaku pada waktu siang Jumaat dan waktu malam selepas terawih.

Dia berkata, lima orang awam terkorban dalam satu serangan di bandar Hama dan sekitar luar bandar.

Angka kematian itu disahkan pada Sabtu oleh Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan, satu kumpulan utama aktivis yang memantau pemberontakan di Syria.

Televisyen di sini menyiarkan imej bangunan terbakar dan jalan-jalan lengang yang dipenuhi dengan sampah-sarap di pusat pemberontakan iaitu Hama.

Ia mendakwa pihak tentera berusaha menamatkan pemberontakan di bandar itu.

Artikel Berikut

AS Terima Protokol Ketiga TAC

Artikel Lain