suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AS Terima Protokol Ketiga TAC

JAKARTA: Duta Besar AS ke Asean David Lee Carden menyampaikan pada Rabu Surat Penerimaan terhadap Protokol Ketiga kepada Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC), menjadikan AS pihak ke-11 menerima protokol itu.

Surat itu disampaikan kepada Timbalan Ketua Setiausaha Asean bagi Komuniti Politik-Keselamatan, Sayakane Sisouvong, demikian menurut kenyataan Sekretariat Asean di sini pada Khamis.

Semasa majlis penyampaian ringkas itu, Carden dan Sayakane bertukar-tukar pandangan mengenai kejayaan Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean (AMM) ke 44, Mesyuarat Pasca Menteri (PMC) dan Forum Serantau Asean (ARF) ke-18, di Bali bulan lepas.

Mereka memuji Indonesia selaku Pengerusi Asean atas kejayaan itu.

Protokol Ketiga membolehkan organisasi serantau, dengan negara-negara berdaulat sebagai anggota, menerima TAC bagi membolehkan Kesatuan Eropah (EU) menjadi pihak yang terikat dengan Perjanjian itu.

TAC merupakan perjanjian keamanan di kalangan negara-negara Asia Tenggara yang dibentuk oleh negara-negara anggota pengasas Asean pada 1976. Semua negara Asean adalah anggota kepada perjanjian itu.

Pada 1987, Asean meminda perjanjian itu untuk mempelawa negara-negara di luar Asia Tenggara menganggotai perjanjian itu dengan matlamat membina keyakinan, memupuk perdamaian dan keselamatan, serta mengadakan kerjasama ekonomi di rantau ini. - BERNAMA

Artikel Lain