suria

31 Askar NATO Terbunuh Apabila Helikopter Terhempas

KABUL, Afghanistan: Sebuah helikopter Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah disahkan terhempas di timur Afghanistan, Jumaat - mengorbankan 38 orang termasuk 31 anggota komando Amerika.

Jurucakap wilayah tersebut, Shahidullah Shahid berkata, NATO dan para pegawai Afghanistan menyiasat lokasi kemalangan itu di daerah Sayd Abad di wilayah Wardak, Sabtu.

Pejabat Presiden, Hamid Karzain telah mengesahkan kemudian bahawa 31 orang anggota Unit Komando Amerika Syarikat telah terbunuh dalam kejadian itu. Jumlah yang terkorban tidak termasuk tujuh anggota tentera Afghan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban kepada 38 orang.

Insiden tersebut mencatatkan jumlah kematian yang paling besar untuk anggota NATO di Afghanistan sejak 2001.

NATO memberitahu, pihaknya sedang menyiasat apakah punca helikopter miliknya itu terhempas di kawasan terbabit.

Artikel Berikut

AS Terima Protokol Ketiga TAC

Artikel Lain