suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hakim Australia Tangguh Penghantaran Pemohon Suaka Ke Malaysia

MELBOURNE: Seorang hakim Mahkamah Tinggi memerintahkan ditangguhkan penghantaran kumpulan pertama pemohon suaka ke Malaysia di bawah perjanjian pertukaran yang dimeterai di antara Australia dan negara itu.

The Australian Associated Press melaporkan satu injunksi bagi menghalang penghantaran pemohon suaka berkenaan dipohon pada pendengaran khas mahkamah itu di Melbourne pada petang Ahad.

Hakim Kenneth Hayne memerintahkan pemohon suaka berkenaan yang dijadual meninggalkan Australia pada 11.30 pagi (AEST) pada Isnin untuk tidak berlepas sebelum 4.15 petang (AEST), sementara menunggu pendengaran satu lagi permohonan di Mahkamah Tinggi di Canberra pada 2.15 petang (AEST).

Prosiding Mahkamah Tinggi itu diusahakan oleh peguam David Manne daripada Refugee dan Immigration Legal Centre di Melbourne.

Kerajaan Persekutuan pada bulan lepas memeterai perjanjian untuk menghantar 800 pemohon suaka ke Malaysia sebagai pertukaran untuk menerima 4,000 pelarian yang telah diproses. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain