suria

35 Maut, 210 Cedera Kereta Api Laju Tergelincir Di China

Dua buah kereta api berkelajuan tinggi bertembung sebelum tergelincir di timur wilayah Zhejiang, China lewat malam Sabtu.

SHUANGYU:Sekurang-kurangnya 35 penumpang maut manakala 210 lagi cedera apabila dua buah kereta api berkelajuan tinggi bertembung dan tergelincir sebelum dua daripada gerabaknya terjatuh dari jambatan di timur wilayah Zhejiang, lapor agensi berita Xinhua lewat malam Sabtu.

Dua pelancong asing antara yang dilaporkan terbunuh dalam kemalangan itu.

Ketika kejadian, kereta api tersebut dalam perjalanan dari wilayah Hangzhou menuju ke bandar Wenzhou sebelum tergelincir di Bandar Shuangyu pada pukul 4.34 petang waktu Malaysia. Sehubungan itu, pasukan keselamatan dikerah ke tempat kejadian bagi menyelamat dan mengeluarkan mangsa.

Ribuan rakyat di negara itu menggunakan kereta api sebagai kemudahan pengangkutan pilihan ramai berbanding pengangkutan udara.

Kemalangan itu merupakan insiden terburuk sejak April 2008 apabila 72 penumpang terbunuh manakala 400 cedera parah selepas dua buah kereta api bertembung dan tergelincir di wilayah Shandong.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan terhadap sistem pengangkutan yang digunakan para atlet pada Sukan Olimpik di Beijing beberapa bulan kemudian.

Artikel Lain