suria

Peguam Perancis Diusir

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mengusir seorang peguam Perancis yang sebelum ini bercakap mengenai pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia di Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad dalam satu kenyataan berkata, Bourdoun telah melanggar terma-terma dalam pas lawatan sosialnya.

William Bourdoun dilaporkan ditahan Jumaat sebaik sahaja pesawat dinaikinya mendarat di KLIA dan akan diusir balik ke negara asalnya.

Bourdon dalam satu majlis makan malam di Pulau Pinang baru-baru ini menyentuh tentang satu kes mahkamah Perancis yang dijadualkan dibicarakan pada September ini.

Beliau dijadualkan untuk berucap pada majlis seumpama itu di Kuala Lumpur, Sabtu.

Menurut satu kumpulan hak asasi manusia, beberapa pemimpin pembangkang didakwa cuba mengaitkan urus janji itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib menafikan wujudnya sebarang rasuah. Beliau merupakan Menteri Pertahanan pada 2002 ketika negara memesan dua kapal Scorpene sebagai langkah penambahbaikan tentera laut.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melalui Bourdon memfailkan saman pemula ke atas syarikat pembuat Scorpene dari Perancis iaitu DCNS atas dakwaan terlibat dalam rasuah pasif serta aktif dalam penjualan kapal selam tersebut kepada Malaysia.

Artikel Berikut

Artikel Lain