suria

Pengganas Tembak Mati Tujuh Orang Awam Di Pakistan

PESHAWAR (Pakistan): Seramai tujuh orang terbunuh pada Sabtu apabila sekumpulan lelaki bersenjata menembak sebuah bas di barat laut wilayah Peshawar, demikian menurut pihak berkuasa.

Serangan berlaku berdekatan pekan Boshehra dekat daerah Kurram yang mencatatkan banyak kes pertempuran antara pengikut mazhab Syiah dan pengikut ajaran Sunni.

"Mangsa yang terbunuh dalam serangan tersebut terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita dengan kesemua mereka adalah pengikut ajaran Sunni," beritahu seorang pegawai pentadbiran tempatan, Sher Bahadar kepada pemberita.

"Tiga penumpang lain cedera namun penyerang berjaya melarikan diri," katanya.

Menurut pegawai itu, kesemua mangsa mempunyai pertalian darah. -AFP

Artikel Lain