suria

Tindakan Gantung Penerbangan Domestik Tiger Airways Satu Peringatan - AIPA

MELBOURNE: Tindakan Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam (CASA) Australia menggantung penerbangan domestik Tiger Airways seharusnya memberi kesedaran supaya pembaharuan dilakukan untuk memperkukuhkan keselamatan penerbangan di negara itu, demikian menurut Persatuan Juruterbang Australia dan Antarabangsa (AIPA).

Dalam satu kenyataan Sabtu, Presiden AIPA Kapten Barry Jackson berkata tindakan berkenaan perlu menjadi peringatan kepada industri dan kerajaan Australia supaya mengambil langkah sewajarnya terhadap cadangan siasatan Senat minggu lepas berhubung keselamatan syarikat penerbangan dan latihan juruterbang.

"Terdapat kebimbangan mengenai penurunan standard keselamatan dalam penerbangan Australia berikutan tekanan yang diperkenalkan oleh beberapa syarikat penerbangan tambang murah," katanya.

Menurut laporan Associated Press Australia, cadangan siasatan Senat yang dibuat minggu lepas termasuk minimum 1,500 jam pengalaman penerbangan untuk juruterbang komersial serta kelayakan standard tertinggi lesen juruterbang.

Sementara itu, syarikat penerbangan lain, Jetstar dan Virgin, mengadakan penerbangan tambahan bagi membantu penumpang yang terkandas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain