suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga Minyak Mentah Menurun

BANGKOK: Harga minyak mentah di pasaran dunia telah menurun di bawah harga AS$95 setong pada Jumaat selepas industri pembuatan China berkembang perlahan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Penanda aras harga minyak mentah utama bagi penyerahan pada Ogos mencatatkan penurunan sebanyak AS$1.06 kepada AS$94.38 setong mengikut waktu tempatan selepas kenaikan AS$4.16 setong sepanjang dua hari lalu.

Harga minyak mentah kekal pada harga AS$95.42 setong pada Khamis.

Di London, penyerahan minyak mentah Brent pada Ogos menurun sebanyak AS$1.43 kepada AS$111.05 setong.

Persekutuan Logistik dan Pembelian China berkata indeks pembelian bulanan menjunam kepada 50.9 pada Jun, satu kadar perlahan dalam tempoh 28 bulan.

Berdasarkan laporan itu, trend penurunan diramal berlaku ekoran kenaikan kadar inflasi.

Artikel Lain