suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

48 Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Yemen

ADEN, Yemen: Kira-kira 48 orang terbunuh termasuk 30 anggota tentera dan empat penduduk awam dalam satu pertempuran sengit dengan kumpulan militan rangkaian al-Qaeda di selatan Yemen, pada Rabu.

Pertempuran itu berlaku di sekitar stadium Al-Wahda di pinggir bandar Zinjibar yang dikuasai golongan Islamis sejak sebulan lalu.

Menurut sumber, insiden keganasan itu tercetus apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang stadium berkenaan ketika pasukan tentera dari Briged Jentera ke-25 ditempatkan.

“Seramai 30 tentera dan 14 anggota militan terbunuh dalam pertempuran tersebut,” kata sumber ketenteraan. – AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain