suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka Kematian Bencana Banjir Di Vietnam Terus Meningkat

HANOI: Angka kematian dalam banjir dan ribut di utara Vietnam sejak minggu lalu meningkat kepada 22 orang dengan lima orang masih dilaporkan hilang, demikian menurut sumber rasmi pada Rabu.

Jumlah korban itu yang meningkat sebanyak 16 sejak Ahad dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengawasan Banjir dan Ribut Kebangsaan yang berpusat di Hanoi.

Disebabkan banjir itu Vietnam juga mencatatkan kerugian ekonomi sebanyak RM149 juta di seluruh 13 bandar dan wilayah yang terjejas sejak minggu lalu.

Menurut jawatankuasa itu lagi, cuaca semakin baik sjeka dua hari yang lalu dengan hujan turun tidak lebat dan paras air semakin menyusut.

Sumber rasmi sebelum ini berkata kematian yang berlaku pada peringkat awal bencana termasuklah kejadian 12 penduduk tempatan yang disambar petir apabila sedang mengerjakan sawah padi.

Musin banjir dan ribut di Vietnam berlaku sehingga hujung Oktober meragut beratus nyawa setiap tahun dan menyebabkan kemusnahan harta benda yang besar. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain