suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapal Flotila Ireland Pula Disabotaj

GOCEK (TURKEY): Aktivis Ireland semalam menuduh Israel kerana mensabotaj kapal yang menyertai misi bantuan flotila untuk mencabar sekatan rejim Zionis yang menghalang mereka daripada tiba ke Genting Gaza.

Ia sekali gus memaksa kapal itu terpaksa menarik diri daripada menyertai misi tersebut.

Wakil kumpulan aktivis daripada Kapal Ireland Ke Gaza (ISG) berkata, aci kipas tersebut telah dipotong atau mempunyai kesan dikorek, yang boleh membahayakan keadaan kapal sekiranya meneruskan pelayaran.

Tambahnya, kerosakan itu menyerupai kerosakan dialami kapal bantuan Sweden yang turut menyertai misi tersebut, beberapa hari sebelum ini. - AFP

Artikel Lain