suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Semua Penerbangan Domestik Tiger Airways Australia Digantung

MELBOURNE: Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam Australia (CASA) menggantung semua penerbangan domestik Tiger Airways Australia berkuat kuasa Sabtu.

Perkhidmatan ke dan dari Singapura akan beroperasi seperti biasa, demikian menurut laporan Associated Press Australia.

Menurut CASA, tindakan berkenaan diambil kerana mengambil kira isu keselamatan udara.

Penggantungan penerbangan syarikat penerbangan itu adalah susulan notis tunjuk sebab kepada syarikat itu pada Mac tahun ini.

"Antaranya termasuk tindakan untuk menambah baik kecekapan juruterbang Tiger dan proses pemeriksaan serta latihan, perubahan kepada pengurusan dan penambahbaikan kawalan penyenggaraan," katanya.

Menurut Tiger, perkhidmatan domestiknya akan digantung sehingga Sabtu depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain