Ketua IMF Dianggap Mata Keranjang - Bekas Menteri Perancis - Dunia | mStar

Ketua IMF Dianggap Mata Keranjang - Bekas Menteri Perancis

PARIS: Pengarah Urusan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn sememangnya dikenali sebagai seorang "mata keranjang" tetapi tuduhan serangan seksual yang dilakukan terhadapnya merupakan perkara yang serius, demikian menurut seorang bekas ahli kabinet Perancis,Elisabeth Guigou pada Rabu.

"Sememangnya benar Strauss-Khan mempunyai reputasi sebagai seorang yang suka bermain cinta malah dianggap juga seorang mata keranjang," kata Guigou yang merupakan bekas Menteri Perundangan semasa Strauss-Kahn menjadi Menteri Kewangan Perancis pada tahun 1990-an.

"Semua orang tahu tentang perkara itu," kata Guigo kepada RTL radio.

Guigou merupakan ahli pembangkang dari Parti Sosialis yang pertama memberi komen secara terbuka tentang reputasi Strauss-Kahn.

"Namun reputasi "mata keranjang" dan tuduhan serangan seksual yang dihadapinya kini adalah dua perkara yang sangat berbeza dan perkara tersebut harus ditangani dengan tegas," tambah beliau.

Sebelum penahanan Staruss-Kahn di New York di atas dakwaan serangan seksual yang dilakukannya ke atas seorang pekerja hotel, dakwaan mengenai salah lakunya telah lama diperkatakan di kalangan media dan dunia politik Perancis namun pihak akhbar jarang menyiasat tentang perkara tersebut.

Ahli politik dari parti pembankang menegaskan bahawa Strauss-Kahn mempunyai hak untuk dianggap tidak bersalah.

Beliau sebelum ini dianggap sebagai pencabar paling kuat kepada Presiden Nicolas Sarkozy di dalam pilihan raya presiden yang akan dijalankan tahun hadapan.- AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain