suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tunjuk Perasaan Di Pusat Pentadbiran Kerajaan Bahrain

MANAMA: Ribuan orang ramai berkumpul di Istana Al-Qudaibiya, tempat anggota Kabinet sedang bermesyuarat bagi menyatakan protes mereka terhadap pentadbiran kerajaan pimpinan Raja Hamad.

Pasukan polis anti rusuhan yang bertopi putih berbaris di depan pintu pagar istana berkenaan untuk menyekat penunjuk perasaan yang berkumpul sambil melaungkan slogan agar Raja Hamad berundur. "Rakyat mahu regim pemerintahan sekarang berundur," laung mereka di depan istana berkenaan.

Kabinet kerajaan beraja itu bermesyuarat di istana berkenaan semalam, lapor agensi berita BNA dan mesyuarat berkenaan berjalan seperti biasa.

“Pemerintah tetap menyokong hak bersuara rakyat dengan cara yang aman dan juga berlandaskan kepada Perlembagaan," kata Menteri Hal Ehwal Kabinet, Kamal Ahmed.

Beliau bagaimanapun memberi amaran kerajaan tidak akan bertolak ansur jika bantahan itu menjejaskan keharmonian awam, komersial dan kepentingan ekonomi. -AFP

Artikel Lain