suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apple Sedang Majukan Telefon iPhone Lebih Kecil & Canggih

WASHINGTON: Apple kini sedang membangunkan telefon bimbit popularnya iPhone dalam versi kecil dan lebih murah, demikian menurut laporan akhbar kewangan The Wall Street Journal, Isnin.

Ini termasuklah mengubahsuai perisiannya bagi membolehkan pengguna mengakses kepada lebih banyak aplikasi hiburan, foto dan video, kata akhbar itu lagi.

Peranti baru itu yang akan dikenali sebagai "N97" - akan didatangkan dalam bentuk separuh saiz iPhone 4 dan juga akan dijual pada separuh harga model iPhone yang ada di pasaran sekarang.

Walaupun Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs kembali mengambil cuti sakit yang panjang bermula Januari lalu tetapi beliau masih secara peribadi mengawasi rangkaian pengeluaran gajet terbaru Apple seperti iPhone dan iPad.

Artikel Berikut

Artikel Lain