suria

Roket Membawa Satelit India Meletup Selepas Dilancarkan

NEW DELHI: Sebuah roket yang membawa satelit komunikasi India meletup sejurus selepas ia dilancarkan dalam cubaan kali kedua oleh agensi angkasa India tahun ini.

Imej yang dipaparkan melalui televisyen menunjukkan roket tersebut berasap dan terbakar sebelum meletup sebaik ia dilancarkan pada Sabtu dari pusat angkasa lepas Sriharikota di Andhra Pradesh.

Roket itu membawa satelit komunikasi GSAT-5P ke dalam orbit.

Menurut pengerusi Organisasi Penyelidikan Angkasa India, K. Radhakrishan, roket tersebut mula bermasalah selepas 47 saat dilancarkan dan hilang kawalan sebelum ia terbang ke satu sudut lebih tinggi.

"Ia telah menberikan tekanan tinggi kepada roket dan telah menyebabkan kepada letupan," katanya.

April lalu, roket serupa telah terjunam ke Teluk Benggala.

Katanya lagi, rotor yang terdapat pada roket itu telah terhenti dan sekaligus menyebabkan selonsong turbinnya pecah yang mungkin disebabkan oleh tekanan terma yang berlebihan.

Sementara itu, Yashpal, seorang pesara saintis dan pengulas bebas berkata, beliau kecewa dengan kegagalan itu walaupun banyak negara lain yang turut mengalami masalah sama.

"Ia baru sesuatu yang terpaksa diterima," katanya kepada media.

India dalam pada itu merancang untuk mengawal penerbangan angkasa pertamanya menjelang 2016.

India pada 2008 telah melancarkan satu satelit India mengelilingi bulan bagaimanapun telah terbengkalai tahun lalu ekoran masalah rangkaian komunikasi dan ahli sains hilang kawalan terhadap satelit itu.

India adalah negara kelima selepas Amerika Syarikat, Rusia, China dan Perancis yang cuba memasuki pasaran pelancaran satelit komersial.

Negara-negara itu telah cuba untuk menukar kenaikannya sebagai satu kuasa ekonomi dan dibina pada sektor berteknologi tinggi untuk mempengaruhi global di kawasan lain.

Sejak 1994, program angkasa India telah melancarkan sejumlah satelit buatan tempatan selain melancarkan sembilan kejayaan penerbangan angkasa. - AP

Artikel Lain