suria

Penyeludupan Haram Wang Palsu Dibongkar

CHENNAI: Kegiatan penyeludupan wang palsu yang dibawa masuk ke India melalui sempadan Bangladesh, berjaya dibongkar di wilayah selatan India Tamil Nadu, lapor Press Trust of India (PTI).

Tiga warganegara Bangladesh dan seorang rakyat India ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah-Cawangan Jenayah Tamil Nadu, minggu lalu.

"Soal siasat mendedahkan suspek menggunakan beberapa kumpulan dengan wang asing palsu di seluruh India dan mendapatkan deposit daripada mereka ke dalam akaun," menurut pegawai polis atasan.

Menurut polis, operasi pembongkaran kegiatan haram itu dibuat berikutan penangkapan rakyat Bangladesh, Ajijur Rahman dari Tiruvannamalai di sini, baru-baru ini apabila dia cuba menukar sekeping wang Rs 1000 palsu (RM69) di sebuah restoran.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis menangkap dua lagi warganegara Bangladesh yang berada di wilayah berkenaan. Kedua-duanya mempunyai visa tamat tempoh sementara Rahman memasuki negara itu secara haram menerusi sempadan 'poros' Bengal Barat. - BERNAMA

Artikel Lain