suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembekal Ketamine Ke Malaysia Ditahan Di Chennai

CHENNAI: Kastam Bangalore menahan seorang lelaki warga tempatan pada Sabtu lepas, dipercayai pembekal ketamine paling dikehendaki dan terlibat dalam operasi merentasi benua meliputi India Selatan, Malaysia dan United Kingdom.

Lelaki berusia 55 tahun dari Chennai itu yang dikehendaki Kastam Bangalore sejak setahun lepas, ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Anna ketika hendak berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia.

"Modus operandinya mengagumkan. Dia mengupah pembawa (penumpang) untuk membawa ketamine ke Malaysia. Kemudian dia sendiri akan terbang ke Malaysia dan mengambil bungkusan itu daripada penumpang apabila mereka tiba di lapangan terbang.

"Bungkusan mengandungi ketamine ini dibungkus secara kreatif seperti hadiah perkahwinan. Bungkusan itu kemudian diberi kepada kumpulan-kumpulan di Malaysia," kata pegawai kanan Kastam Bangalore Vijay Bellary.

Menurut penyiasat di Bangalore, lelaki itu membayar pembawa kira-kira 10,000 rupee (RM700) untuk setiap penghantaran ke Malaysia.

Lelaki itu yang pernah bekerja sebagai pelayan restoran di Malaysia memperolehi ketamine dari negeri-negeri lain seperti Ahmedabad dan Mumbai secara pukal, sebelum dihantar dalam jumlah kecil ke bandar-bandar utama di Asia Tenggara, katanya.

Ditanya sama ada lelaki itu mempunyai kaitan dengan empat rakyat Malaysia yang ditahan di lapangan terbang yang sama Ahad lepas, Vijay berkata buat masa ini tidak ada kaitan ditemui.

Ahad lepas, empat rakyat Malaysia serta seorang warga India ditahan di lapangan terbang itu ketika hendak berlepas ke Malaysia, dan Biro Kawalan Narkotik menemui 27.5 kg dadah jenis ephederine disorokkan dalam bagasi mereka. - BERNAMA

Artikel Lain