suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Australia Sambut Baik Laporan Perjanjian Perdagangan Serantau Dan Dua Hala

MELBOURNE: Kerajaan Australia menyambut baik pengumuman laporan Suruhanjaya Produktiviti mengenai perjanjian perdagangan serantau dan dua hala Australia.

Laporan berkenaan, yang dijalankan pada November 2009 oleh Menteri Perdagangan Simon Crean ketika itu dan bekas Penolong Bendahari Nick Sherry, mengandungi siri cadangan terperinci dan penemuan yang kerajaan akan menelitinya, dengan menurut satu kenyataan.

Menteri Perdagangan Dr Craig Emerson berkata kerajaan komited kepada liberalisasi perdagangan sebagai komponen penting program pembaharuan ekonomi keseluruhan kerajaan yang bertujuan mewujudkan pekerjaan dengan upah yang tinggi, berkemahiran tinggi dan kemakmuran.

Minggu lepas Dr Emerson mengumumkan kajian semula kerangka kerja dasar perdagangan masa depan Australia. Ia dijangka diumumkan pada suku pertama tahun depan. - BERNAMA

Artikel Lain