suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

348 Janin Bayi Dibuang Di Kuil

THAILAND: Beratus-ratus janin bayi yang dibuang di rumah mayat di sebuah kuil Budha di Bangkok ditemui oleh polis Thailand.

Janin yang disyaki mangsa klinik pengguguran haram itu ditemui dalam beg plastik dan pihak polis mendapati bilangan janin yang dibuang adalah sebanyak 348.

Mejar Jeneral Sumeth Ruangswasdi berkata, janin terbabit dikumpulkan dari beberapa klinik pengguguran dan dilupuskan pada masa berbeza berikutan warna dan keadaan mereka yang berlainan.

Akhbar The Nation dipetik sebagai melaporkan, penjaga kuil mengakui dibayar oleh lima klinik untuk melupuskan janin terbabit.

Polis menemui semua mayat bayi terbabit di kawasan rumah mayat perkuburan Wat Phai Ngern.

Polis tertarik dengan satu daripada 20 petak rumah mayat berkenaan kerana mempunyai kesan darah. Di dalamnya ada beg plastik mengandungi mayat bayi termasuk dalam sebuah lubang cetek berhampiran. Penjaga kuil terbabit, Suthep Chabangbon, 46, memberitahu polis beliau terhidu sesuatu di belakang kuil itu.

Pengguguran adalah haram di Thailand kecuali dalam tiga keadaan iaitu jika wanita terbabit dirogol, kehamilan menjejaskan kesihatan atau janin terbabit didapati tidak normal. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain