suria

China Dakwa 9,476 Pegawai Kerajaan Kerana Rasuah

BEIJING: Pihak berkuasa badan pencegah rasuah China telah mendakwa 9,476 pegawai kerajaan kerana terbabit dalam hampir 9,000 kes rasuah sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Bilangan kes rasuah telah meningkat 18.4 peratus berbanding tahun lepas dan jumlah suspek yang terbabit meningkat 20.5 peratus pada tempoh yang sama, kata Timbalan Pengarah Jabatan Anti Cuai dan Salah Laku, Song Hansong.

Dalam temubual eksklusif dengan akhbar rasmi China Daily, katanya, pada tahun lepas, seramai 41,531 pegawai kerajaan didakwa dalam 32,439 kes rasuah di seluruh negara itu.

"Kebanyakan pegawai yang didakwa termasuk dari syarikat milik kerajaan, projek pembinaan utama, sektor kewangan dan sekuriti, pentadbiran dan jabatan penguatkuasaan serta pegawai parti pemerintah dan agensi kerajaan," katanya.

Katanya peningkatan bilangan pegawai kanan juga turut didakwa dengan habuan membayar kos pengubahsuaian, pembelian rumah, lawatan percuma bersama tawaran wang tunai telah mendorong pegawai melakukan jenayah rasuah tersebut.

Song berkata bidaan tender yang keterlaluan juga mendorong kepada amalan rasuah dalam sektor pembinaan kerana undang-undang relevan dan peraturan yang sedia ada tidak begitu ketat.

Dalam usaha menangani cabaran itu, katanya, sebuah pelan kerja digubal bagi mencegah rasuah mulai 2008 hingga 2012 dengan memperkenalkan senarai hitam kes-kes rasuah.

"Di bawah pelan itu, sesiapa atau unit didapati menawarkan rasuah akan digantung daripada memasuki pasaran bidaan tender," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain