suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thailand Wujudkan Wilayah Baru

BANGKOK: Kabinet Thailand hari ini menaikkan taraf daerah Beung Kan di barat laut sebagai sebuah wilayah, yang sekali gus menjadikan jumlah wilayah yang terdapat di negara ini sekarang, 77.

Pemangku jurucakap kerajaan, Dr Panitan Wattanayagorn berkata, wilayah baru itu akan mengandungi tujuh daerah.

Kabinet juga memberi kelulusan kepada negara ini untuk menjadi tuan rumah mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia Unesco pada 2012 selepas Bahrain, yang menjadi tuan mesyuarat itu tahun depan, katanya.

Mesyuarat jawatankuasa itu di Brasilia, Brazil, pada Ahad menangguhkan keputusannya tentang rancangan pengurusan bagi Kuil Preah Vihear yang dikemukakan Kemboja untuk pertimbangan mesyuarat itu di Bahrain tahun depan.

Keputusan itu dibuat berikutan bantahan Thailand kerana rancangan berkenaan mungkin meliputi seluruh kawasan seluas 4.6km persegi yang terletak bersebelahan dengan kuil Hindu abad ke-11 yang dituntut kedua-dua negara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain