suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerala Rampas Ubat Herba Yang Diimport Dari Malaysia

CHENNAI: Agensi penguatkuasa dadah Kerala merampas bertan-tan ubat herbal yang diimport dari Malaysia dan diedar sebuah syarikat India, yang didakwa boleh meningkatkan kemampuan seks dan mengubati penyakit Alzheimer.

Pejabat Kawalan Dadah Cochin bertindak Rabu lepas setelah mereka mendapati syarikat berkenaan melanggar undang-undang import tempatan dan menyiarkan iklan yang mungkin mengelirukan orang ramai.

Penyiasat menyerbu pengedar yang berpangkalan di Chennai, yang mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat yang beribu pejabat di Selangor, Malaysia, gudang di Cochin, di mana ubat-ubatan herbal bernilai beribu ringgit ditemui.

"Sesetengah ubat herbal tradisional ini dihasilkan di sini dan setengahnya diimport dari Malaysia.

"Mereka tidak mempunyai lesen untuk mengeluarkan atau mengimport ubat yang sah dan mereka mengiklankan bahawa dadah ini boleh menyembuhkan penyakit," kata Pembantu Kawalan Dadah Cochin Ravi S. Menon kepada Bernama ketika dihubungi.

Syarikat itu, yang terlibat dalam perniagaan jualan langsung, menjual produk penjagaan kesihatan dan kecantikan di India. Dua jenis ubat yang dirampas ialah K-Sage Plus dan K-Vigo yang diimport dari Malaysia, yang didakwa boleh menyembuhkan penyakit Alzheimer.

Menon berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih berjalan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain