suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Murid Terbunuh Bangunan Sekolah Ranap di S. Filipina

DAVAO CITY: Dua murid sekolah terbunuh manakala ramai lagi cedera dalam runtuhan sebuah bangunan sekolah akibat hujan lebat di selatan Filipina, lewat Rabu.

Agensi berita China, Xinhua melaporkan, seorang murid berusia 12 tahun mati serta-merta setelah dihempap runtuhan ketika sebahagian bangunan Sapad Elementary School di pekan Sapad, wilayah Lanao del Norte Mindanao itu musnah, menurut jurucakap rejimen Infantri Pertama, Major Arnold Gasalatan.

Gasalatan dalam temubual telefon berkata, sembilan lagi mangsa cedera parah berikutan hujan lebat dan angin kencang meranapkan bangunan era 1920-an di perkampungan Poblacion itu.

"Seorang murid berusia 10 tahun juga meninggal dunia ketika menjalani rawatan di hospital Kapatagan.

"Pihak polis dan berkuasa awam telah memulakan penyiasatan berhubung perkara itu," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain