suria

Pemimpin Baju Merah Yang Menentang Kekerasan Bebas Dengan Jaminan

BANGKOK: Veera Musikhapong, pemimpin baju merah yang menentang kekerasan yang menghadapi tuduhan melakukan keganasan mendapat kebenaran untuk dibebaskan dengan jaminan oleh Mahkamah Rayuan di sini.

Mahkamah membenarkan Veera diikat jamin 6 juta Bath dan melarang dia meninggalkan Bangkok atau negara itu tanpa kebenaran.

Veera juga diperintah untuk melapor diri di Mahkamah Jenayah setiap 15 hari.

Mahkamah itu antara lain turut menimbangkan testimoni oleh Setiausaha Agung kepada Perdana Menteri Korbsak Sabhavasu dan Jabatan Penyiasatan Khas yang menyatakan Veera adalah pemimpin Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Diktator yang menentang keganasan.

Veera adalah ketua perunding bagi kumpulan baju merah manakala Korbsak adalah ketua perunding kerajaan apabila kedua-dua pihak cuba menamatkan secara aman demonstrasi jalanan yang telah berlanjutan selama 10 minggu dan penyokong kumpulan itu turut menakluk kawasan bandar yang berakhir 19 Mei lepas.

Berikutan rundingan itu gagal sehari sebelum pasukan tentera menakluk semula kawasan bandar, Veera telah memisahkan dirinya dengan pemimpin baju merah dan penyokong yang mahu meneruskan protes dan pendudukan di kawasan tersebut.

Hakikatnya, Veera secara sukarela menyerah diri kepada polis selepas kacau-bilau tersebut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain