suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapal Minyak Singapura Dirampas Di Teluk Aden

SINGAPURA: Sebuah kapal minyak yang didaftarkan di Singapura dirampas lanun ketika singgah di Teluk Aden hari ini.

Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) yang mengesahkan kejadian itu berkata ia menerima laporan mengenai rampasan itu pada 12.45 tengah hari.

Dalam satu kenyataan, MPA berkata kapal tangki petroleum/kimia, M.T. Golden Blessing itu dirampas ketika dalam pelayaran dari Arab Saudi ke India.

Terdapat 19 anak kapal, kesemuanya warga China dalam kapal itu, dan mereka dilaporkan selamat.

MPA berkata ia sedang berusaha dengan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan dan tuanpunya kapal, di samping memantau rapi keadaan.

Kapal itu dimilik oleh Golden Pacific International Holdings (S) Pte Ltd dan disewakan kepada Shanghai Dingheng Shipping Co Ltd. - BERNAMA

Artikel Lain