Lebih Banyak Kamera Dipasang Di Dubai - Dunia | mStar

Lebih Banyak Kamera Dipasang Di Dubai

DUBAI: Dubai, tempat berlakunya pembunuhan seorang agen Hamas awal tahun ini, akan dilengkapi dengan lebih banyak kamera pemantau bagi meningkatkan keselamatan, demikian menurut seorang pegawai polis.

Ketua Polis Dubai Lt Jen Dahi Khalfan Tamim berkata langkah itu perlu, selaras dengan sebuah bandaraya yang berkembang pesat. "Kita akan mempunyai kamera di serata tempat," katanya kepada harian The National.

Harian itu menyatakan terdapat 25,000 kamera keselamatan di Dubai, salah sebuah negara bandaraya di Emiriah Arab Bersatu. Jumlah itu dijangka meningkat dengan pemasangan kamera berkalih yang boleh meliputi "sudut tersembunyi".

Tamim berkata pasukan polis akan bertugas mengikut pelan strategik yang dikaji dengan baik dan tidak setakat bertindak balas terhadap peristiwa tertentu.

Kira-kira 500 juta dirham akan dibelanjakan untuk mempertingkat keselamatan Dubai, lapor harian itu. (Satu dirham = rm0.885). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Singapura Dilanda Banjir Kilat

Artikel Berikut

Tiga Kapal India Singgah Di Malaysia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain