suria

70 Pelombong Maut Letupan di Colombia

AMAGA: Kira-kira 70 pelombong dikhuatiri maut selepas sebuah lombong arang batu di bawah tanah di Medellin, meletup sebelum terbakar ketika mereka sibuk bertukar shif kerja, semalam. Berpuluh ahli keluarga mangsa berkumpul di luar kawasan kejadian untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai mangsa terbabit. Hanya seorang pelombong terbabit dijumpai selamat dengan 30 peratus anggota mangsa melecur, menurut ketua Jabatan Penyelamat, Juan Carlos Posada.

Pegawai berkata, kematian 17 mangsa sudah disahkan dengan 11 mayat sudah dikenal pasti.

“Keadaan sangat sukar untuk menjumpai mereka yang masih hidup kerana letupan itu menyebabkan suhu dalam lohong lombong terlalu panas," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan mayat yang ditemui setakat ini terbakar teruk. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain