suria

AS Kenakan Sekatan Baru Terhadap Iran

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan sekatan baru terhadap Iran berikutan program nuklearnya didakwa mensasarkan individu dan institusi.

Pegawai kanan Jabatan Negara AS yang tidak enggan mendedahkan namanya, berkata beliau sedar Jabatan Perbendaharaan AS akan mengumumkan sekatan kewangan baru terhadap Iran dan ia difahamkan memberi tumpuan kepada individu dan institusi. Beliau berkata, pengumuman rasmi Setiausaha Perbendaharaan AS, Timothy Geithner; Setiausaha Perbendaharaan bagi Unit Keganasan dan Risikan Kewangan, Stuart Levey dan Penasihat Khas bagi Pengawalan Senjata Nuklear dan Kawalan Senjata Jabatan Perbendaharaan, Robert Einhorn dijangka dibuat pada jam 3 petang. Pegawai berkenaan tidak mendedahkan maklumat lanjut, di sebalik tindakan pentadbiran Presiden AS, Barack Obama berjanji mengambil langkah susulan secara sendiri selepas tindakan jumlah tentera baru dan sekatan kewangan terhadap Tehran diumumkan Jawatankuasa Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), minggu lalu.

Sementara itu, Tehran berkata, program nuklearnya dibangunkan khusus bagi kegunaan awam, tetapi Israel dan kuasa Barat bimbang Iran cuba membangunkan senjata nuklear yang mungkin menyeimbangkan kuasa di Asia Barat. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain