suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Maut Hijab Lilit Gandar Go-Kart

MELBOURNE: Seorang wanita maut apabila hijab yang dipakainya terlilit gandar go-kart yang sedang dipandunya itu, semalam.

Wanita berusia 26 tahun itu berkunjung bersama keluarganya di litar go-kart Port Stephen di New South Wales apabila hijabnya terbelit gandar kereta lumba itu ketika memandu laju, lapor akhbar The Australian Associated Press.

Paramedik berkata wanita yang berasal dari Sydney itu mengalami kecederaan yang serius di lehernya menyebabkan jantungnya terhenti selepas kain hijab itu melilit lehernya.

Orang ramai yang terkejut dengan kejadian itu berjaya mengeluarkan mangsa dari kereta itu dan paramedik berjaya menyedarkannya sebelum dia diterbangkan ke hospital John Hunter di Newcastle dalam keadaan kritikal.

Wanita itu bagaimanapun meninggal dunia tidak lama kemudian.

"Ketika mangsa sedang memandu sebahagian kain hijabnya terbelit di gandar go-kart dan membelit lehernya," kata Inspektor Brian Larkham yang bertugas di Port Stephens.

Polis berkata mangsa dan keluarganya sedang bercuti di Port Stephens. - BERNAMA

Artikel Lain