suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Singapura Sambut Panglima Tentera Darat Baru

SINGAPURA: Angkatan Tentera Darat Singapura semalam secara rasmi menyambut Brigadier Jeneral Chan Chun Sing, 40, sebagai Panglima Tentera Darat yang baru.

Chan, yang sebelum ini merupakan Ketua Staff-Staff Bersama, menggantikan Mejar Jeneral Neo Kian Hong, 46, yang secara rasmi dinaikkan pangkat sebagai Panglima Angkatan Tentera republik itu pada 31 Mac ini.

Kian Hong menggantikan Panglima Angkatan Tentera Desmond Kuek Bak Chye, 46, yang akan bersara dan kembali ke Perkhidmatan Pentadbiran.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Singapura, perubahan itu merupakan sebahagian proses kesinambungan pembaharuan kepimpinan dalam Angkatan Tentera republik itu.

Chun Sing yang menyertai Angkatan Tentera Singapura pada 1987, mengambil alih tampuk kepimpinan tentera daripada Kian Hong pada satu upacara serah dan terima tugas di Kem Pasir Laba Camp petang semalam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain