suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usaha Mencari Adik Presiden UAE Diteruskan

DUBAI: Pasukan penyelamat Maghribi masih mencari Sheikh Ahmed bin Zayed Al Nahyan, adik kepada Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, yang terlibat dalam nahas sebuah pesawat luncur berhampiran Rabat.

Pesawat berkenaan dilaporkan terhempas di sebuah tasik pada Jumaat.

Akhbar harian The National melaporkan juruterbang pesawat itu yang berbangsa Sepanyol telah berjaya diselamatkan dan usaha mencari Sheikh Ahmed kini diteruskan.

Selain menjadi pengarah urusan Lembaga Pelaburan Abu Dhabi, Sheikh Ahmad juga adalah pengerusi pemegang amanah Yayasan Kerja Amal dan Kemanusiaan Zayed.

Tasik tempat pesawat berkenaan terhempas adalah sebuah kawasan rekreasi dan memancing terkenal, kata akhbar itu.

Sheikh Ahmed terkenal dalam kalangan penduduk tempatan sebagai manusia pemurah.

Laporan media menyebut bahawa Sheikh Ahmed menduduki tempat ke-27 dalam senarai Forbes sebagai orang paling berpengaruh di dunia pada tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain