suria

"Najib Berikan Nama Baik Kepada Bidang Politik," Kata John Major

HONG KONG: Sikap terus terang Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pengurus dana dan kesabarannya dalam menjual Malaysia sebagai destinasi pelaburan pada persidangan Credit Suisse Asian di sini baru-baru ini, telah dipuji oleh bekas perdana menteri Britain Sir John Major.

Major, penasihat khas kepada Credit Suisse, memuji Najib atas sikap beliau yang jujur dan berterus-terang dalam menjelaskan ciri-ciri Malaysia sambil menerima pandangan-pandangan mengenai kelemahan pasaran modal dari pengurus dana terkenal dunia.

"Apa yang dikatakan oleh perdana menteri adalah tepat, jelas dan jujur," kata Major, yang pada hari Selasa menjadi perantara di satu majlis makan tengahari antara Najib dan kira-kira 100 pengurus dana serantau.

Bercakap di satu majlis makan malam pada Selasa, mengenai pendapat umum bahawa ahli politik kebanyakannya tidak jujur, Major berkata, "perdana menteri Najib kini berada dalam keadaan bahaya untuk memberikan nama baik kepada bidang politik", yang disambut dengan tepukan gemuruh.

Major meneruskan pujiannya terhadap Najib dengan berjenaka "beliau (Najib) perlu berhati-hati tentang perkara ini (bersikap jujur)".

"Dan ketika menjawab soalan, beliau betul-betul memberikan jawapan dan bukannya petikan suara," katanya di celah-celah gelak ketawa mereka yang hadir.

"Saya amat berhati-hati tentang petikan suara. Saya berkecimpung dalam bidang politik selama 40 tahun, dan sepanjang waktu itu, saya hanya mendengar satu petikan suara yang bagus," tambah beliau.

Beliau seterusnya menceritakan pertemuannya dengan bekas Presiden Rusia Boris Yeltsin sebelum satu majlis makan tengah hari di Kremlin.

Beliau berkata beliau bertanya kepada Yeltsin, "Bolehkan anda beritahu saya, dalam satu perkataan, bagaimanakah keadaan negara Rusia?" dan beliau menjawab, "bagus".

"Saya terkejut kerana Rusia berada dalam keadaan yang sangat teruk waktu itu. Kemudian saya berkata, beritahu saya dalam dua perkataan, dan beliau berkata, "tidak bagus".

"Oleh itu, tentu anda semua faham mengapa saya gemarkan kejujuran dan sikap terus terang Najib yang menyegarkan itu tadi.

"Ia amat luar biasa dan berlainan daripada pengalaman moden atau persepsi moden tentang ahli politik," kata Major. - BERNAMA

Artikel Lain