suria

Mercy Malaysia Beri Bantuan Perbetul Bibir Sumbing

DHAKA: Kira-kira 50 kanak-kanak di Bangladesh akan diberikan bantuan pembedahan bibir sumbing mereka apabila pasukan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) memulakan kerja-kerja sukarelawan itu di negara ini.

Mercy Malaysia menghantar misi ketiganya ke Bangladesh yang terdiri daripada lapan pakar perubatan untuk menjalankan pembedahan terhadap pesakit yang mengalami kecacatan itu yang banyak berlaku di negara ini.

Pasukan itu diketuai Profesor Dr Ahamd Sukari Halim berkata walaupun tidak ada angka sebenar diperolehi mengenai jumlah mereka yang cacat bibir, tetapi dianggarkan kira-kira 200,000 kes berlaku di negara ini yang kebanyakan disebabkan keadaan ekonomi yang mundur dan kekurangan pakar pembedahan.

Beliau yang juga Perunding Kanan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan akan menjalankan pembedahan itu di Dhaka Community Medical Hospital (DCH).

Kira-kira 16 kes pembedahan percuma dikendalikan setiap hari, kata beliau kepada Bernama.

"Kita berikan mereka kehidupan baru, banyak keluarga tidak mampu bayar pembedahan persendirian. Program Mercy ini sangat berjaya dan kita juga melatih kakitangan tempatan di hospital itu untuk memberikan rawatan selepas pembedahan kepada pesakit berkenaan," tambah beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain