suria

Singapura Terima 908,000 Pelawat Bulan Lepas

SINGAPURA: Jumlah ketibaan pengunjung ke Singapura meningkat sebanyak 17.6 peratus berasaskan tahun ke tahun, untuk menerima kedatangan 908,000 orang pada bulan lepas, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Ini merupakan jumlah tertinggi ketibaan pelancong yang direkodkan pada bulan Januari.

Dalam laporan bulanannya, STB berkata lima negara teratas yang menjana kepada ketibaan pelancongan ke republik ini pada Januari ialah Indonesia dengan 173,000 pelawat, China (99,000), Australia (90,000), Malaysia (68,000) dan India (57,000).

Lima negara ini menyumbang sebanyak 54 peratus kepada jumlah keseluruhan ketibaan pelawat pada bulan berkenaan, katanya.

Menurut STB, hasil perolehan daripada penginapan bilik hotel meningkat sebanyak 8.5 peratus berbanding Januari 2009 untuk mencecah anggaran S$137 juta bulan lalu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain