suria

Australia Hantar Pulang 63 Warga Malaysia Kerana Bekerja Secara Haram

MELBOURNE: Sekumpulan 76 pekerja tanpa izin yang bekerja sebagai pemetik buah telah dihantar pulang ke Malaysia dan Indonesia selepas operasi mengesan secara besar-besaran oleh pihak imigresen.

Seramai 63 warga Malaysia dan 13 Indonesia diterbangkan pulang malam tadi, jumlah penghantaran pulang terbesar dari Australia dalam dekad ini, menurut satu kenyataan kerajaan.

Mereka diberkas dalam serbuan di sebuah kawasan letak karavan minggu lepas di Mooroopna, ke barat Shepparton, di mana mereka telah bekerja secara haram memetik tomato dan buah pear dan mereka adalah antara 85 orang yang ditahan.

Persiapan sedang dibuat bagi menghantar pulang sembilan orang selebihnya lima rakyat Malaysia, tiga Korea Selatan dan seorang Nepal.

Menteri Imigresen Senator Chris Evans berkata 85 orang itu telah memasuki Australia dengan visa yang sah sebelum bekerja secara haram.

Sambil memuji kecekapan dan kepantasan jabatan imigresen bertindak, Senator Evans berkata, majikan menghadapi denda hingga A$13,200 dan penjara dua tahun kerana mengambil orang bekerja tanpa permit kerja, dan syarikat terlibat boleh dipotong pendapatan mereka sebanyak A$66,000 bagi setiap pekerja haram. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain