suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Sri Lanka Mengundi Pilih Presiden

COLOMBO: Rakyat Sri Lanka keluar mengundi hari ini bagi memilih presidennya.

Seramai 14 juta penduduk negara itu layak mengundi bagi memilih siapa antara 22 calon, termasuk presiden sekarang Mahinda Rajapakasa, untuk memimpin negara itu.

Pilihan raya itu diadakan lapan bulan selepas berakhirnya perang saudara selama 30 tahun yang tercetus akibat ancaman puak pemisah, Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

Dalam tempoh itu, lebih 80,000 orang dilaporkan terbunuh.

Pemerhati berkata calon yang dijangka memberi tentangan hebat kepada Rajapakasa ialah bekas panglima tentera darat Sri Lanka, Sarath Fonseka.

Pengiraan undi akan dijalankan esok, yang diisytihar sebagai cuti umum. - BERNAMA

Artikel Lain