suria

Kafe Jual Susu Bahaya Mungkin Didenda A$500,000

MELBOURNE: Sebuah kedai minuman menghadapi kemungkinan didenda sehingga setengah juta dolar Australia kerana didapati menjual susu soya berjenama Bonsoy yang telah ditarik balik daripada pasaran.

Produk berkenaan ditarik balik pada 23 Disember lepas, setelah 10 orang termasuk seorang bayi baru lahir, mengalami masalah tiroid di New South Wales.

Menurut Food Standards Australia (FSA), penjualan susu itu ditarik balik dari seluruh negara setelah selepas ia didapati mengandungi paras iodin yang tinggi serta boleh memberi kesan buruk terhadap tiroid dan menjejaskan kesihatan manusia.

Australian Associated Press hari ini melaporkan bahawa Luxe Bakery Cafe di Missenden Road, Sydney boleh didenda sehingga A$500,000 (A$1=RM3.07) kerana menjual produk itu.

Kadar pengambilan iodin yang selamat bagi setiap orang dewasa ialah kira-kira 80-150 mikrogram sehari.

Ujian mendapati kadar bahan itu yang terkandung dalam seperlapan daripada secawan Bonsoy yang mengandungi rumpai laut dan diimport dari Jepun, sudah melebihi kadar selamat pada 1,100 mikrogram sehari bagi setiap manusia, kata FSA. - BERNAMA

Artikel Lain