suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Ditahan Tipu Bank Pusat UAE RM35 Bilion

DUBAI: Polis menahan tujuh orang berkaitan satu kes penipuan membabitkan pengeluaran hampir 38 bilion dirham (RM35 bilion) dari Bank Pusat Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Menurut laporan 'The Khaleej Times', mereka didakwa menggunakan dokumen palsu untuk menjalankan komplot itu.

Akhbar itu memetik laporan polis Abu Dhabi sebagai berkata, kumpulan itu yang menghasilkan dokumen palsu mendakwa bank pusat tersebut berhutang dengan sebuah bank di Eropah 7.2 bilion euro.

Tujuh yang ditahan itu, tiga warga negara Eropah dan empat dari negara Asia, boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah, lapor akhbar itu. - BERNAMA

Artikel Lain