suria

Dua Lagi Mayat Kapal Karam Ditemui

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura hari ini menemui dua lagi mayat daripada kapal tunda yang karam di Pulau Batu Puteh awal pagi semalam, menjadikan jumlah mangsa yang ditemui sehingga kini ialah empat orang.

Kapal tunda 'Ocean Lark' yang membawa 13 anak kapal dipercayai rakyat Indonesia karam kira-kira 45 batu nautika dari Singapura pada kira-kira pukul 5 pagi.

Tentera udara dan laut Singapura serta Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim (MPA) melancarkan gerakan mencari dan menyelamat sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu dan berjaya membawa keluar dua mayat dari kapal itu semalam.

MPA hari ini berkata usaha mencari dan menyelamat tujuh lagi anak kapal yang masih hilang oleh pihak berkuasa dan kapal dagang masih diteruskan.

MPA berkata empat kapal tentera laut, satu helikopter Super Puma, dua pesawat peronda maritim Fokker50, sebuah kapal tentera Indonesia dan 14 kapal dagang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat sejak semalam. - BERNAMA

Artikel Lain