suria

Sri Lanka Jemput Maxis, Telekom Untuk Melabur Dalam Projek Satelit

NEW DELHI: Sri Lanka menjemput dua penggendali telco utama Malaysia, Maxis Communications Berhad dan Telekom Malaysia untuk melabur dalam projek satelit pertama negara itu yang bernilai AS$150 juta (RM525 juta).

Perancangan sedang dibuat untuk melancarkan satelit Sri Lanka yang pertama selepas menandatangani perjanjian dengan Surrey Satellite Technologies Limited (SSTL) dari United Kingdom Disember lepas.

"Kami telah menjemput Maxis (Communications) dan Telekom Malaysia, yang keduaduanya pernah melabur di Sri Lanka," kata Priyantha Kariyapperuma, ketua pengarah Suruhanjaya Pengawalatur Telekom Sri Lanka kepada Bernama dalam satu temubual menerusi telefon dari Colombo.

"Mereka telah menyuarakan minat dan berkata mereka akan melabur jika projek itu mendatangkan keuntungan komersil," katanya.

Dialog, anak syarikat Axiata Group Bhd (yang dahulu dikenali sebagai formerly TM International), adalah pembekal perkhidmatan telekomunikasi utama di Sri Lanka, dengan jaringan mudah alih terbesar.

Maxis menjadi satu lagi peserta utama Malaysia di pulau itu selepas syarikat induknya Usaha Tegas membeli kepentingan dalam Sri Lanka Telecom.

Kariyapperuma berkata jemputan itu masih di peringkat awal dan masih belum ada apaapa tindakan oleh keduadua syarikat itu. "Ia masih dalam peringkat awal, butiran lanjut akan diketahui tahun ini," katanya.

Kerajaan Sri Lanka kini dalam proses membina agensi angkasanya dan bercadang melancarkan satelit pertamanya, yang akan dinamakan sempena ahli fizik British Sri Arthur C. Clarke yang tinggal di pulau itu sehingga kematiannya. - BERNAMA

Artikel Lain