suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar India Mati Ditikan Di Melbourne

MELBOURNE: Polis sedang menyiasat kes kematian seorang pelajar India akibat ditikam semasa dalam perjalanan ke tempat kerja di sini.

Pelajar berumur 21 tahun itu dalam keadaan terhuyung-hayang masuk ke Restoran Hungry Jack di selekoh Somerville Road dan Geelong Road di selatan pinggir bandar West Footscray, kira-kira 10 malam Rabu dan meminta tolong sebelum pengsan.

Dia dibawa ke Hospital Royal Melbourne dan kemudiannya meninggal dunia.

Polis berkata, pelajar itu ditikam di perut dan berjaya berjalan sejauh kira-kira 300 meter ke restoran Hungry Jack, tempat dia bekerja sambilan.

Pegawai Pasukan Homisid, Sarjan Dave Snare, yang menyifatkan serangan itu sebagai kejam berkata, motif kejadian masih belum dikenal pasti setakat ini dan tiada bukti bahawa pelajar itu menjadi sasaran kerana bangsanya.

Mangsa difahamkan berasal dari Punjab, India. Polis sedang cuba menghubungi keluarganya di India untuk mengetahui sama ada dia mempunyai anggota keluarga di Australia. - BERNAMA

Artikel Lain