suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

6 Maut, 45 Cedera Dalam Nahas Tren Dalam Kabus Tebal Di Utara India

NEW DELHI: Kabus tebal pada waktu pagi menyebabkan dua tren penumpang terbbait dalam kemalangan menyebabkan enam terbunuh dan lebih 40 penumpang cedera di utara India.

Dalam kejadian pertama, tren Licchavi Express yang dalam perjalanan ke Delhi melanggar tren Magadh Express, pagi ini di Uttar Pradesh (UP), mengakibatkan 10 penumpang cedera, menurut laporan stesen televisyen tempatan.

Dalam satu lagi nahas, tren Gorakhdham Express dilanggar di belakang di stesen Delhi-Allahabad Prayagraj, di Lucknow, juga di UP.

Enam penumpang dilaporkan terbunuh dan kira-kira 35 cedera dalam kemalangan itu.

Jadual penerbangan dan tren terganggu awal pagi ini berikutan kabus tebal menyelubungi utara India - fenomena biasa pada musim sejuk awal Januari.

Sekurang-kurangnya perjalanan 50 tren tergendala di kawasan utara berikutan kabus tebal dan gangguan bekalan elektrik di empat negeri.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi, 30 penerbangan termasuk antarabangsa tertangguh dan lima penerbangan dibatalkan ekoran masalah jarak penglihatan yang kabur. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain