suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Sekolah Elit Autralia Berkempen Halau Pendatang

MELBOURNE: Nama baik beberapa sekolah elit di sini tercemar apabila ramai pelajarnya menyertai kumpulan Facebook yang menuntut agar golongan pendatang berambus dari Australia, lapor akhbar Sunday Herald Sun.

Laman kumpulan itu memaparkan gambar bendera Australia beserta kata-kata kesat dan lucah yang turut mengandungi kata-kata bermaksud "kalau nak gunakan bahasa kamu yang menjijikkan itu, lebih baik pulang saja ke negara asal kamu."

Kumpulan itu, yang menggelarkan diri mereka "Mate speak english, you're in australia now" mempunyai lebih 5000 anggota dari seluruh negara.

Akhbar berkenaan melaporkan bahawa kumpulan antiperkauman dan pengetua sekolah mengutuk laman sosial terbabit dan menggesa Facebook memadamnya.

Laman berkenaan, yang menggunakan kata-kata provokatif dan ejaan yang tidak betul, mencerminkan sikap perkauman dan kebencian pihak terbabit terhadap pendatang dari negara yang tidak mengggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda.

Kumpulan itu disertai para penuntut Scotch College, Melbourne Grammar, Geelong Grammar, Trinity Grammar, Lauriston, Mentone Grammar, Ivanhoe Grammar, Camberwell Grammar dan Haileybury serta beberapa sekolah lain. - BERNAMA

Artikel Lain