suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlambat ke majlis perkahwinan sendiri, pengantin lelaki pandu melebihi halaju... Malang nasib ditahan polis

Pengantin lelaki itu ditahan kerana memandu melebihi halaju dibenarkan. -Gambar Wiltshire Police

SEORANG lelaki yang dalam perjalanan untuk ke majlis perkahwinannya sendiri telah ditahan polis kerana kesalahan memandu laju.

Lelaki itu yang memandu kereta model BMW berwarna perak ditahan di lebuh raya ketika dalam perjalanan dari Wiltshire ke Swindon, England.

Dia bukan sahaja memandu pada kelajuan 121 kilometer/jam (kmj), iaitu melebihi 50 kmj halaju yang dibenarkan, tetapi memandu dalam keadaan berbahaya kerana tayar keretanya botak.

Polis mengeluarkan notis larangan, yang menghalang kenderaan dalam keadaan berbahaya daripada dipandu di jalan raya.

Susulan itu, lelaki berkenaan terpaksa dijemput oleh salah seorang daripada pihaknya untuk membawanya ke majlis perkahwinan.

Tidak dapat dipastikan sama ada dia berjaya tiba di majlis tersebut pada masa yang ditetapkan atau sebaliknya.

"Biasanya pengantin perempuan yang selalu lambat.

"Malangnya, pengantin lelaki ini perlu memberi beberapa penjelasan selepas ditahan kerana memandu laju ke majlis perkahwinannya," demikian ciapan polis Wiltshire di Twitter. -Metro.co.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain