suria

Air jernih kehijauan, macam filem fantasi... Kolam indah viral disangka ‘syurga healing’ rupanya bahaya

Kolam dalam ladang kelapa sawit yang mencuri perhatian ramai.

ORANG tempatan kebiasaannya lebih arif dan mengetahui lokasi 'eksklusif' di kawasan mereka yang menarik untuk dikunjungi.

Berbeza dengan pelawat luar yang hanya bergantung kepada media sosial atau cadangan daripada kenalan untuk mencari destinasi atau 'port' baik untuk bersantai.

Melalui satu video tular di laman TikTok, didedahkan penemuan kolam kecil dengan air jernih kehijauan di sebuah ladang kelapa sawit, dipercayai terletak berhampiran Gunung Ledang, Johor.

Air dalam kolam di sebuah ladang kelapa sawit hangat diperkatakan di media sosial.

Selain itu turut kelihatan di dasar kolam tersebut pasir putih seperti di pantai, sungguh mengundang keinginan untuk terjun dan mandi-manda.

Rata-rata warga maya turut bersemangat hendak melepak di kawasan sekitar sambil menikmati nikmat alam apatah lagi lokasinya jauh daripada kesibukan kota dan hiruk-pikuk.

"Ini kalau pacak khemah buka gerai dah boleh jadi 'port healing' baik punya. Mesti ramai yang datang. Air pun nampak tak berapa dalam, cetek je, sesuai kalau nak bawa anak-anak datang mandi.

ARTIKEL BERKAITAN: Healing ‘tak jadi’! Penyampai berita terperangkap tengah laut, berlindung di celah pokok bakau ketika ribut

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa bot karam 30 jam tengah laut cerita detik cemas... dikelilingi ikan sebesar bas, dengar suara azan

"Sekarang ni pun tengah musim panas, kalau dapat kolam begini memang layan sejuk-sejuk. Tak sangka boleh wujud tali air 'berdefinisi tinggi' (HD) macam ni. Biasanya bekeladak, berlumut atau penuh pokok teratai.

"Dah macam dalam filem fantasi, di sebalik kawasan estet yang kelihatan suram dan sugul, boleh wujud 'syurga' sebegini indah," kata sebahagian warga maya.

Itu bukan kira kencing tikus lagi, bakteria Leptospirosis membiak dengan meriahnya dalam tu.

WARGA MAYA

Namun begitu, ada netizen memberikan peringatan kewujudan bahaya di sebalik air kolam yang serba jernih itu.

"Jangan woi pergi mandi dekat kolam situ, penuh dengan racun perosak dan baja yang orang guna untuk ladang kelapa sawit. Kalau kita terminum air tu memang nahas, toksik walaupun nampak air bersih.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Itu belum kira kencing tikus lagi, bakteria Leptospirosis membiak dengan meriahnya dalam tu. Tambahan pula air tu tak bergerak dan hanya bertakung di situ, kalau sayang nyawa elakkan sehabis baik mandi kolam macam ni.

"Walaupun nampak jernih tapi dalam tu ada banyak mikororganisma seperti alga yang kita tak boleh lihat dengan mata kasar. Fikir-fikirkanlah, jangan terus terjah je" kata pelayar berkongsi kerisauan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain