suria

Bukan sebarang kuih, tepung gomak berdebu diluar, lembut di dalam

Tepung Gomak bukan sahaja gebu tetapi cukup lembut saat dimasukkan ke dalam mulut. Foto Facebook MAS COTEK

MUNGKIN ramai tidak tahu tentang kewujudan kuih tepung gomak terutamanya dalam kalangan anak muda yang lebih menggemari manisan moden.

Tapi bak kata pepatah - tak kenal, maka tak cinta! Kuih yang terkenal di Pantai Timur ini sebenarnya cukup lembut dan enak.

ARTIKEL BERKAITAN: Belebat keledek gamit memori Ramadan

Diperbuat daripada tepung pulut dan bulat bentuknya, ia mempunyai inti kelapa manis serta dilumur dengan tepung pulut atau tepung kacang hijau bagi mengelakkan daripada melekat.

Bersempena Ramadan ini, apa kata cuba resepi ini di rumah seperti dikongsi oleh Mas Cotek di Facebook.



Doh perlu direbus terlebih dahulu sebelum disalutkan dengan tepung kacang hijau.

Bahan-bahannya:

1. Bahan doh

2 cawan tepung pulut

1 sudu makan tepung gandum

1 cawan santan

Cara-caranya;

Satukan tepung pulut dan tepung gandum

Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh

Pastikan doh tidak terlalu lembik atau keras.

2. Bahan inti

3 cawan kelapa parut

1 cawan gula merah

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan air

1 sudu makan tepung gandum dibancuh dengan sedikit air

2 helai daun pandan disimpul



Proses pembuatan Tepung Gomak cukup mudah tetapi hasilnya sangat lazat.

Cara-caranya;

Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut. Kemudian tapiskan

Masukkan kelapa parut dalam larutan gula dan masak sehingga ia hampir kering

Sesudah itu masukkan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air

Kacau semua bahan-bahan itu dengan api perlahan sehingga inti lembap. Biarkan ia sejuk.

3. Bahan salut

Tepung kacang hijau secukupnya.

Cara-caranya;

Bentukkan doh menjadi bulat dan masukkan inti kelapa di dalamnya sebelum rebuskan di dalam air mendidih

Pastikan doh yang direbus terapung sebelum diangkat

Golekkan atau salut doh itu dengan tepung kacang hijau. Siap dihidangkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tepung Gomak, Resepi, Ramadan, Menu, Masakan

Artikel Lain